Wednesday, February 23, 2011

fahami tubuh sendiri untuk langsing

siapa yang paling arif tentang keadaan tubuh kita selain kita sendiri?
jadi tentunya hanya kita sahaja yang tahu makanan apa saja yang baik untuk kesihatan tubuh kita.
berapa banyak kuantitinya, baik buruk makanan tersebut dan sebagainya.
ubahlah lah sikit pola makanan kita kepada yang lebih sihat sesuai dengan keadaan tuuh kita
jangan lupa ambil berat tentang keperluan kalori kita setiap hari
cuba ikuti tip dibawah ini:

pelajari makanan......
perhatikan kandungan serat,protien,vitamin,mineral dan antioksidan yang terdapat dalam makanan
yang kita pilih
pelajari juga jenis2 makanan baru serta cara menggabungkan antara makanan baru ini
jangan lupa hitung kalori yang bakal masuk kedalam tubuh kita

makan perlahan:
makan perlahan sekurang2nya 20minit setiap kali anda menguyah makanan supaya tubuh memiliki
waktu untuk berasa kenyang sebelum kita mengisinya lagi

buat perancangan
buat perancangan menu makan, sekurang2nya selama seminggu untuk menyeimbangkan
pengambilan makanan yang kurang sihat pada hari2 sebelumnya

pasar sayur:
bagi setiap minggu pasti ada sayur, oleh itu cara terbaik untuk mendapatkan pelbagai khasiat sayur
adalah dengan pergi kepasar sayur.Pelbagai jenis sayur boleh kita dapati untuk mempelbagaikan
khasiat serta menu sihat kita setiap hari

jangan celarukan pola makanan
pastikan kita tidak mencelarukan pola makanan kita.Renung beberapa ketika untuk melihat kembali
makanan terbaik untuk kita makan, walau dalam waktu yang sukar sekali pun

tulis menu makan
apabila kita menulis,kita menyedari apa yang telah dimakan sepanjang tempoh tertentu hingga kita
dapat mengubah dan memperbaiki menu kita
selain itu kita juga dapat menguah kebiasaan buruk kita terhadap makanan yang kurang sihat
sehingga lama2 kita dapat berubah kearah gaya hidup yang sihat

jumpa pakar
sesekali, berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapat saranan terbaik tentang pemakanan
sihat

berfikiran positif
makanan dan berat badan merupakan dua aspek yang amat merungsingkan.
tetapi dengan mengingatkan diri sendiri agar mengubah kebiasaan buruk
pasti pola pemikiran kita akan berubah menjadi lebih positif

bersabar
bersabarlah , kerana untuk melakukan perubahan sememangnya memerlukan masa yang agak panjang.
jadi kuatkan semangat dan jangan mengalah

cari sokongan
cuba cari sokongan dengan pelbagai cara seperti saling mengingati sahabat yang mempunyai
matlamat yang sama dengan kita
selain sama2 berjaya lebih langsing hubungan kita juga menjadi lebih erat...

No comments:

Post a Comment