Friday, February 25, 2011

Vitamin untuk kesihatan

Mengambil vitamin dalam hidangan setiap hari adalah penting supaya
tubuh dapat terus segar,vitamin adalah salah satu daripada keperluan
pemakanan selain karbhidrat, protien,kalsium,dan mineral.

Vitamin A
vitamin A penting kesihatan penglihatan dan membantu menguatkan
tubuh daripada jangkitan pelbagai penyakit. Kekurangan vitamin A
dalam tuuh boleh menyebabkan mata mudah rabun .Sumber vitamin A
ialah buah dan sayur.

Vitamin D
Vitamin D ada pada minyak ikan , susu,sayur dan buah.Sinaran
matahari pada waktu pagi juga adalah sumber vitamin D.Dapat
meningkat kan penyerapan kalsium dan membantu memberi
kekuatan tulang.Kekurangan vitamin D memberi kesan kepada
tulang dan mengakibatkan penyakit kerapuhan tulang osteoporosis.

Vitamin E
Boleh didapati pada gandum , bijirin, kekacang dan daging. Vitamin E
membantu menyembuhkan penyakit kulit dan sebagai tindak balas
antioksidan.Kekurangan vitamin E dalam tubuh manusia bleh menyebabkan
kelemah otot,jika kita alah pada kekacang atau daging , boleh juga makan
buah dan sayur untuk mendapatkan sumber vitamin E.

Vitamin K
Vitamin K ada pada sayuran hijau,kacang buncis, brokoli,buah,minyak,
susu dan daging.Mengambil vitamin Kdalam makanan dapat membantu
proses membekukan darah.Jika kita kurang vitamin K dalam tubuh , kita
lihat kesanya jika berlaku keadaan luka pada tubuh iaitu darah kita susah
untuk berhenti mengalir.

Vitamin B1
Sumber vitamin B1 adalah bijirin,kekacang,daging tanpa lemak dan
kuning telur.Kekurangan vitamin B1 akan mudah mendapatkan rasa
semut semut pada kaki.Paling merbahaya ialah mendapat penyakit
beri beri.

Vitamin B2
Sumber vitamin B2 ialah susu ,daging,keju dan sayuran hijau.Kekurangan
vitamin B2 adalah apabila mata merasa panas dan gatal,tidak tahan cahaya
mata hilang ketajaman,bibir mulut dan lidah berasa panas

Vitamin B12
Vitamin B12 boleh membantu kita mengurangkan gejala semut semut
pada kaki dan lemah kaki.Sumber makanannya ialah, hati, ginjal, telur ,
susu,ikan,keju,dan daging.


Vitamin C
Vitamin C ada pada sayur dan buah seperti jambu batu,betik,nanas,
limau dan sayur.Kekurangan vitaminC boleh menyebabkan pendarahan
gusi pucat dan cepat letih.Vitamin C mudah larut dalam air dan apabila
dalam bentuk cecair ,vitamin ini mudah rosak apabila terdedah kepada
udara.







No comments:

Post a Comment